PETALING JAYA – Seramai enam warga Pakistan ditahan selepas dalam operasi bersepadu di Masjid Ahmadiyyah, Kampung Nakhoda dan sebuah premis keagamaan di Jalan Laksmana, Kampung Laksmana, Gombak semalam.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, seramai 76 individu diperiksa dalam operasi bersepadu yang dijalankan bermula pukul 10.30 pagi.
Katanya, kesemua individu berkenaan dibawa oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pemeriksaan awal sebelum semakan dokumen dilakukan.
“Hasil pemeriksaan mendapati enam individu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan 1963.<










