Kuala Selangor: Tiga premis perniagaan diarahkan tutup manakala 18 kompaun dikeluarkan dalam operasi bersepadu di Pusat Niaga Astana Alam, Bandar Puncak Alam, kelmarin.
Operasi Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) itu turut mengeluarkan empat notis serta menyita rampasan hasil pemeriksaan tujuh premis.
Operasi bersepadu 40 anggota turut membabitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Selangor, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Selangor, serta Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran dan Jabatan Pelesenan MPKS.
Menurut kenyataan MPKS, operasi dijalankan susulan aduan awam dan hasil pemantauan yang mendapati wujud premis beroperasi tanpa lesen sah serta gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.








