Machang: Polis masih melengkapkan siasatan berhubung insiden membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, yang didakwa mengasari dua anggota polis.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC), baru-baru ini, memulangkan kertas siasatan kes itu kepada polis untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, AGC meminta beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap kertas siasatan berkenaan sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.
"Polis masih melengkapkan siasatan. AGC memaklumkan bahawa terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap kertas siasatan itu.










