PETALING JAYA : Seramai enam warga Pakistan ditahan selepas dalam operasi bersepadu di Masjid Ahmadiyyah, Kampung Nakhoda dan sebuah premis keagamaan di Jalan Laksmana, Kampung Laksamana, Gombak semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, seramai 76 individu diperiksa dalam operasi bersepadu yang dijalankan.

Katanya, kesemua individu berkenaan dibawa dan dikumpulkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pemeriksaan awal sebelum semakan dokumen dilakukan.

“Hasil pemeriksaan mendapati enam individu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.