Shah Alam: Enam lelaki warga asing ditahan hasil pemeriksaan terhadap 184 individu dalam operasi bersepadu membabitkan enam agensi penguat kuasa di Kampung Nakhoda dan Taman Laksamana, Batu Caves, semalam.

Operasi dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menerusi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan keenam-enam warga asing itu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana terbabit dengan kesalahan Imigresen.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, operasi berkenaan membabitkan 207 anggota termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).