Sungai Petani: Setiap pemain perlu berdisiplin dan berani meletakkan sasaran tinggi dalam sukan sepak takraw tanpa menjadikan latar belakang diri sebagai penghalang untuk mengejar kejayaan.

Pemain Kedah Eagle, Muhammad Aqil Fawwaz Mohamad Nasharuddin berkata, pemain muda perlu sentiasa percaya terhadap kemampuan diri dan yakin mampu pergi lebih jauh dalam sukan berkenaan.

Menurutnya, pemain yang datang daripada latar belakang berbeza, termasuk dari kawasan kampung, tetap mempunyai peluang untuk berjaya sekiranya memiliki disiplin serta kesungguhan dalam mengejar impian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Klinik Sepak Takraw sempena Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 Zon Utara di Arena of Sport, di sini, hari ini.