TEHERAN: Teheran memberi isyarat bakal mengancam sistem pemindahan minyak dikendalikan negara Arab dengan bantuan Amerika Syarikat (AS) yang membolehkan lebih banyak eksport tenaga melalui Selat Hormuz ketika perang AS-Israel terhadap Iran berterusan.
Laluan perairan strategik itu, yang sebelum perang menjadi laluan bagi kira-kira satu perlima bekalan minyak dan gas dunia, sebahagian besarnya ditutup kepada perkapalan susulan serangan Iran sejak AS bersama Israel melancarkan serangan ke atas negara itu pada 28 Februari.
Bagaimanapun, Tentera Laut AS dilaporkan membuka satu laluan bagi membolehkan negara Teluk mengeksport minyak dan komoditi lain ketika krisis tenaga melanda.
Ketua keselamatan Iran, Mohsen Rezaei bertindak balas pada malam Ahad dengan menyatakan sistem pemindahan itu kini menjadi sasaran jelas Teheran.








