TEHERAN: Sebuah kapal tangki yang membawa lebih dua juta tong minyak mentah terbakar selepas terkena periuk api ketika cuba melintasi Selat Hormuz, menurut Pengawal Revolusi Iran hari ini.

Dalam kenyataannya, Pengawal Revolusi mendakwa kapal berkenaan melanggar peraturan dengan cuba melalui selat itu secara haram sehingga mencetuskan letupan dan kebakaran besar.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan lokasi tepat kejadian berkenaan.

Iran mengambil alih kawalan Selat Hormuz selepas perang tercetus pada penghujung Februari, sekali gus menyekat laluan strategik yang biasanya menyalurkan kira-kira satu perlima daripada penggunaan minyak global.