SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menafikan dakwaan bahawa penahanan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, berhubung kes khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kelmarin adalah satu tindakan penganiayaan atau perangkap.
Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin, sebaliknya menegaskan agensi penguatkuasaan agama negeri ini bertindak sepenuhnya berlandaskan aduan rasmi diterima serta mengikut undang-undang ditetapkan tanpa memanipulasi keadaan bagi mengenakan mana-mana pihak.
"Apabila dikatakan seolah-olah jabatan agama terbabit dalam manipulasi dan sebagainya, ini tidak benar sama sekali.
"Kami juga ada tanggungjawab mengikut undang-undang apabila aduan dibuat... kami perlu melakukan siasatan secara menyeluruh.








