YAN: Dua lelaki tidak sempat berjoli wang hasil ragut berjumlah RM3,000 apabila dicekup polis kurang enam jam selepas melakukan jenayah itu di Jalan Singkir, di sini petang semalam.

Dalam kejadian sekitar 3.30 petang, kedua-dua suspek berumur 20-an dikesan melalui telefon mangsa yang turut dilarikan, sebelum mereka ditahan kira-kira pukul 9 malam di Gurun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Aikap Dunding berkata, kejadian berlaku ketika seorang juruwang wanita berusia 42 tahun yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Tanjung Dawai.

“Suspek turut menunggang motosikal dan menghimpit mangsa sebelum bertindak meragut beg di dalam raga motosikal wanita itu hingga menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan ringan di tangan.