Bank Negara berkata video palsu berkenaan papar pegawai kanan mempromosikan skim pelaburan persendirian dan produk kewangan.KUALA LUMPUR: Bank Negara (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) memberi amaran kepada orang ramai mengenai video 'deepfake' atau palsu yang mendakwa sebagai pihak pengurusan kanan mereka untuk mempromosikan skim pelaburan persendirian dan produk kewangan.
BNM dalam kenyataan memaklumkan orang ramai perlu melaporkan kandungan yang mencurigakan kepada platform media sosial yang berkaitan atau kepada BNM atau SC bagi membantu membendung penyebarannya.
Menurutnya mereka boleh melayari laman web rasmi bank pusat iaitu bnm.gov.my/sahkan untuk melihat contoh kandungan 'deepfake' dan penyamaran yang menggunakan nama atau identiti BNM.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F12%2F278f75b0affd0721195ae98e77a64679.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)