Mexico City: Tiga lelaki dijatuhi hukuman penjara masing-masing selama 158 tahun sembilan bulan kerana membunuh dua beradik warga Australia dan rakan mereka dari Amerika Syarikat (AS) ketika mereka menyertai percutian meluncur ombak di negeri Baja California, Mexico, pada 2024.

Pegawai kehakiman berkata, keputusan itu dibuat hakim pada Jumaat selepas ketiga-tiga tertuduh didapati bersalah seminggu lalu atas pertuduhan membunuh, rompakan dengan keadaan memberatkan, rompakan menggunakan kekerasan serta mencuri kenderaan dengan kekerasan.

Tertuduh dikenal pasti sebagai Jesus Gerardo "N", yang dikenali sebagai "El Kekas", Irineo Francisco "N" dan Angel Jesus "N".

Mangsa ialah dua beradik warga Australia, Jake Robinson, 33, dan Callum Robinson, 30, serta rakan mereka dari AS, Jack Carter Rhoad, 30.