SINGAPURA: Kebakaran berterusan di Indonesia yang menyelubungi beberapa kawasan di Asia Tenggara dengan jerebu toksik mencetuskan tahap amaran tertinggi oleh pemantau iklim dan kebakaran serantau ASEAN.

"Pengaktifan Tahap Amaran 3 bagi rantau selatan ASEAN," menurut Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) yang berpangkalan di Singapura, menerusi laman webnya yang disemak hari ini.

ASMC yang beroperasi berhampiran Lapangan Terbang Changi, Singapura, menggunakan sistem amaran empat peringkat, daripada sifar hingga tiga.

Tahap tertinggi diaktifkan apabila terdapat "risiko tinggi jerebu rentas sempadan yang serius di rantau ini".