WASHINGTON: Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM), Laksamana Brad Cooper, mendakwa Iran disekat daripada menjalankan aktiviti import dan eksport melalui laluan laut, ketika Washington memperhebat usaha menyekat hasil minyak serta pembiayaan ketenteraan Tehran, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menerusi mesej video, Cooper berkata, usaha AS tertumpu kepada tiga bidang utama, iaitu menyekat eksport minyak Iran, mengganggu saluran pembiayaan digital serta melemahkan keupayaan pasukan keselamatan negara itu untuk membayar gaji anggotanya.

"Perlu ditegaskan bahawa Iran tidak lagi mempunyai sebarang aktiviti eksport atau import melalui laut, kecuali bantuan kemanusiaan yang dibenarkan masuk," katanya.