KUALA LUMPUR: Seramai 180 pemain menyertai Kejohanan Golf Tan Sri Low Yow Chuan 2026 di Tasik Puteri Golf & Country Club (TPGCC) Rawang, dekat sini, baru-baru ini yang menyaksikan saingan sengit untuk bergelar juara.
Pertandingan edisi kedua yang menyediakan hadiah hole-in-one atau selubang berupa dua kereta Mazda CX-30 selain barangan jenama Adidas bernilai RM15,000 dan tiket penerbangan kelas perniagaan Batik Air itu dimenangi Suhaimi Yassin bagi kategori A manakala Mohd Zain Mohd Tahir untuk kategori B.
Suhaimi mencatatkan 62 mata dalam saingan 27 lubang itu, bagi mengenepikan cabaran Mohd Hasrul Firdaus yang merekodkan 61 mata dan Abu Qasim Mohd Salleh di tempat ketiga dengan 58 mata.
Mohd Zain pula mencatatkan 60 mata untuk mengenepikan cabaran Sheikh Mohd Basri menerusi kiraan semula (OCB) untuk berpuas hati sebagai naib juara, selepas terikat jumlah mata sama, manakala tempat ketiga milik Ben Gomez dengan 58 mata.









