PUTRAJAYA – Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan berjadual dari dan ke Jeddah serta Madinah, Arab Saudi berkuat kuasa esok (18 Okt) susulan semakan keselamatan dan penilaian risiko operasi yang menyeluruh.

Syarikat penerbangan nasional itu memaklumkan penumpang yang menuju ke atau dari dua destinasi berkenaan dinasihatkan untuk membuat semakan jadual penerbangan mereka dan memastikan butiran perhubungan dikemas kini melalui ciri “My Booking” di laman web atau aplikasi mudah alih.

“Penumpang yang membuat tempahan melalui platform pihak ketiga atau ejen pelancongan dinasihatkan untuk menghubungi penyedia tempahan masing-masing secara langsung tentang pengaturan perjalanan mereka,” menurut Malaysia Airlines dalam kenyataan, hari i