Malaysia Airlines nasihat penumpang ke Jeddah atau Madinah buat semakan jadual dan pastikan butiran perhubungan dikemas kini. (Gambar EPA Images)PUTRAJAYA: Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan berjadual dari dan ke Jeddah serta Madinah berkuat kuasa esok susulan semakan menyeluruh keselamatan dan penilaian risiko operasi.
Syarikat penerbangan nasional itu memaklumkan penumpang yang menuju ke atau dari dua destinasi berkenaan dinasihat membuat semakan jadual penerbangan dan memastikan butiran perhubungan dikemas kini melalui ciri 'My Booking' di laman web atau aplikasi mudah alih.
"Penumpang yang membuat tempahan melalui platform pihak ketiga atau ejen pelancongan dinasihat menghubungi penyedia tempahan masing-masing secara langsung tentang pengaturan perjalanan mereka," menurut Malaysia Airlines dalam kenyataan.






