Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa berkata rakaman titah kemurkaan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir terhadap Ismail Lasim bukan perkara kecil yang boleh didiamkan oleh Umno.PETALING JAYA: Umno perlu menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui surat yang didakwa diutus Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berhubung kedudukan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Timbalan Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa, berkata rakaman titah kemurkaan Tuanku Muhriz terhadap Ismail bukan perkara kecil yang boleh didiamkan oleh Umno.

Beliau mendakwa, isu berkenaan menunjukkan keretakan serius hubungan antara istana dengan pentadbiran negeri, susulan surat dikatakan menyatakan keputusan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) adalah sah dan Tuanku Muhriz bukan lagi Yang Dipertuan Besar.