Khairulnizam Rani daripada Bahagian Komunikasi Korporat Urus Setia KPN menerima memorandum daripada wakil LFL Wan Nabilah Dina dan Rania Aljunied di luar Bukit Aman. Di sebelah kanan Nooranis Zulkefly, adik kepada si mati, Noorizwan Zulkefly.KUALA LUMPUR: Keluarga lelaki yang meninggal dunia dalam tahanan polis menolak dakwaan ketua polis Kuala Lumpur bahawa penangkapan dan penahanannya dijalankan mengikut SOP.
Adik kepada Noorizwan Zulkefly, Nooranis, menyuarakan kemarahan terhadap dakwaan polis bahawa pihak berkuasa mematuhi protokol sewajarnya.
Noorizwan, 42, dikaitkan dengan tiga kes terbaharu, satu melibatkan dadah dan dua melibatkan kesalahan jenayah.
Nooranis mendakwa pegawai polis merahsiakan perkara itu daripada keluarga selama 12 hari, dan memaklumkan kakitangan hospital bahawa Noorizwan tidak mempunyai waris sedangkan rumah keluarga mereka hanya terletak lima minit dari IPD Cheras.






