Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata warga sekolah perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan.PETALING JAYA: Semua sekolah diminta sentiasa berwaspada susulan penemuan bungkusan mencurigakan di beberapa sekolah di Negeri Sembilan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata keselamatan warga sekolah perlu diutamakan, sambil memuji tindakan pantas polis memastikan keselamatan di kawasan sekolah terpelihara.

“Saya rasa kita perlu mengambil pendekatan berwaspada terhadap semua penemuan, terutama dari aspek keselamatan. Perkara ini mesti dititikberatkan,” katanya selepas merasmikan pertemuan Kelab Perempuan Membaca ‘Fadhlina Membaca’ di Melaka.