SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) digesa menjelaskan asas pemilihan pertuduhan terhadap pemandu e-hailing yang didakwa memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian penuntut warga Maldives, Aamina Imeely Nazim, 22, dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).Timbalan Setiausaha Agung merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), G Sivamalar berkata, penjelasan itu penting bagi memastikan keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan negara terus terpelihara, khususnya berhubung perbezaan pendekatan pendakwaan dalam kes kemalangan maut.Menurutnya, persoalan berbangkit bukanlah tuntutan supaya semua kes kemalangan maut dikenakan pertuduhan sama, sebaliknya keperluan memahami prinsip perundangan dan fakta yang membezakan setiap keputusan pendakwaan."Sebagai seorang peguam, saya memahami bahawa sesuatu pertuduhan tidak boleh ditentukan semata-mata berdasarkan akibat kemalangan atau kemarahan masyarakat."Kesalahan membunuh memerlukan elemen undang-undang dan keterangan yang mencukupi. Namun, masyarakat berhak mengetahui apakah perbezaan material dari sudut fakta dan keterangan yang menjadi asas kepada keputusan pendakwaan dalam kes Aamina," katanya dalam satu kenyataan.Pada 8 Oktober lalu, Muhamad Syafiq Ibrahim, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam terhadap tiga pertuduhan berkaitan kemalangan berkenaan, termasuk memandu di bawah pengaruh methamphetamine sehingga menyebabkan kematian Aamina.Tertuduh turut didakwa memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang lagi penumpang warga Maldives, selain memandu tanpa cermat dan perhatian sewajarnya sehingga menyebabkan kemalangan serta kecederaan.Bagi pertuduhan menyebabkan kematian, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM100,000 jika sabit kesalahan.Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun mahkamah membenarkan jaminan keseluruhan RM9,000 dengan seorang penjamin serta menggantung lesen memandu tertuduh sehingga kes selesai.Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Disember ini.Sivamalar berkata, beberapa kes terdahulu yang menyaksikan pertuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan menimbulkan persoalan mengenai pertimbangan yang digunakan dalam menentukan jenis pertuduhan bagi kes kemalangan maut.Antaranya, kes R Saktygaanapathy yang didakwa membunuh Amirul Hafiz Omar dalam kemalangan di Klang pada April 2026 serta R Alex yang berdepan dua pertuduhan membunuh susulan kematian dua remaja perempuan di Teluk Intan pada Julai tahun sama.Beliau turut merujuk kes Low Kean Peng di Klang yang menurut kenyataannya, menyaksikan pertuduhan berkaitan Akta Pengangkutan Jalan pada awalnya digantikan dengan pertuduhan membunuh selepas seorang mangsa meninggal dunia."Budi bicara pendakwaan mesti dipandu oleh undang-undang dan bukti, buk
Kes Aamina: Pemimpin PKR desak AGC jelaskan perbezaan pertuduhan

Key takeaways
PKR meminta AGC jelaskan asas pemilihan pertuduhan terhadap pemandu yang didakwa memandu di bawah pengaruh dadah menyebabkan kematian Aamina.
- PKR menuntut penjelasan dari AGC mengenai perbezaan pendekatan pendakwaan dalam kes kemalangan maut.
- Muhamad Syafiq Ibrahim didakwa dengan tiga pertuduhan berkaitan kemalangan yang menyebabkan kematian Aamina.
- Pertuduhan menyebabkan kematian dibuat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan hukuman penjara hingga 15 tahun.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Lee bidas pemimpin PKR berhubung kehadiran mesyuarat MBPJ
- Free Malaysia Today Pemimpin PAS-PKR capai penyelesaian saman fitnah
- Sinar Harian Kes Aamina: Pemimpin PKR desak AGC jelaskan perbezaan pertuduhan (this story)









