Lee Chean Chung umum peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya awal hari ini, dan berkata beliau akan keluar parti pada Isnin.

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, membidas Timbalan Setiausaha Agung PKR, Bryan Ng, berhubung kritikan terhadap kehadirannya dalam mesyuarat melibatkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Lee berkata Ahli Parlimen bukan anggota MBPJ tetapi diundang ke mesyuarat majlis sebagai pemerhati, tanpa hak mengundi atau kuasa meluluskan kertas kerja.

Bagaimanapun, kata Lee, kritikan Ng, yang merupakan seorang ahli majlis bandaraya, lebih tertumpu kepada kekerapan beliau menghadiri mesyuarat MBPJ berbanding isu dasar yang dibangkitkannya.