IPOH: Sistem Siaran Selular yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini berada di fasa akhir pembangunan bagi membolehkan amaran bencana disalurkan terus ke telefon bimbit penduduk di kawasan terjejas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata komunikasi yang berkesan amat penting dalam menyelamatkan nyawa ketika bencana kerana amaran awal memberi masa berharga kepada orang ramai untuk berpindah dan mencari tempat perlindungan sebelum tragedi berlaku.

Sistem berkenaan membolehkan amaran dihantar terus ke telefon bimbit di kawasan berisiko tanpa mengganggu atau mengakses data peribadi pengguna.

"MCMC bukan sekadar memantau TikTok dan hantaran dalam talian lain serta menurunkan kandungan, khususnya yang menyasarkan individu tertentu. Ketika berlaku banjir, MCMC turut membantu kita.