Ahmad Fadhli Shaari dan Nabil Halim bersama pasukan peguam masing-masing selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari dan Naib Ketua Pemuda PKR Nabil Halimi mencapai penyelesaian secara baik berhubung saman fitnah berhubung isu karikatur yang tular tahun lalu.

Dalam kenyataan bersama, Fadhli dan Nabil berkata persetujuan itu dicapai di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bagi menamatkan pertikaian dan membolehkan mereka memberi tumpuan kepada perkara lain yang lebih mustahak, khususnya melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

“Pihak-pihak telah bersetuju menyelesaikan pertikaian ini secara baik dan menamatkan perkara ini bagi membolehkan masing-masing memberikan tumpuan kepada perkara-perkara lain yang lebih mustahak, khususnya yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” menurut kenyataan itu.