BANTING: Gamuda Land melakar sejarah tersendiri menerusi pembangunan dan pembukaan hotel sulungnya ASAI Gamuda Cove, di sini, sekali gus menjadi projek hartanah terbesar di bawah jenama ASAI selepas Melaka, Jepun dan Thailand.

Pengurus Besar ASAI Gamuda Cove, Muhamad Buhari Muhamed Yusof, berkata hotel berkapasiti 280 bilik itu yang dibangunkan di kawasan seluas 755.14 hektar dan kira-kira 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan model 'ASAI Tropical' dan diperluas oleh Dusit International sebagai destinasi berasaskan alam semula jadi.

"Sebagai hartanah pertama yang memperkenalkan konsep 'Live Local', ASAI Gamuda Cove dilengkapi persekitaran berasaskan alam semula jadi Paya Indah Discovery Wetland termasuk pengalaman aktiviti luar, premis makanan dan tawaran komersial sebagai sebahagian daripada penginapan.