Singapura: Kebakaran berterusan di Indonesia yang menyelubungi beberapa kawasan di Asia Tenggara dengan jerebu beracun mencetuskan amaran tahap tertinggi oleh pusat pemantauan iklim dan kebakaran serantau.

"Pengaktifan Tahap Amaran 3 bagi rantau Selatan ASEAN," menurut Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) di Singapura menerusi laman webnya, yang ditinjau pada Sabtu.

ASMC yang berpangkalan berhampiran Lapangan Terbang Changi, Singapura, menggunakan sistem amaran empat tahap, daripada sifar hingga tiga.

Tahap tertinggi diaktifkan apabila terdapat "risiko tinggi jerebu rentas sempadan yang teruk di rantau ini".