Kuching: Pilihan Raya Negeri ke-13 Sarawak (PRN Sarawak) berkemungkinan diadakan Disember ini, dengan tarikh 12 atau 19 Disember antara kemungkinan yang dilihat sesuai.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata, bagaimanapun pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bergantung kepada keputusan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, manakala tarikh sebenar PRN Sarawak hanya akan ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau berkata, penggal DUN Sarawak akan berakhir secara automatik selepas tempoh lima tahun yang genap Februari tahun depan.
"Apabila DUN dibubarkan, SPR di bawah undang-undang pilihan raya perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.









