Shah Alam: Pelakon popular, Redza Rosli sentiasa bersedia untuk berkongsi perkembangan karier seninya kerana memiliki impian untuk bergelar pelakon filem.
Redza, 34, berkata dia tiada masalah untuk memberi kerjasama kepada pihak media, tetapi enggan berbicara soal peribadi sekali gus memohon ruang privasi dirinya dihormati.
"Itu (impian berlakon filem) 'goal' (matlamat) saya semestinya. Saya masih lagi tak, orang kata tak berpeluang (berlakon filem), atau ada peluang itu tetapi mungkin disebabkan jadual padat.
"Jadi saya mengharapkan suatu hari nanti dengan rezeki Allah, Allah kata ada rezeki untuk tembus ke layar filem, insya-Allah. Saya akan buat yang terbaik," katanya yang ditemui di lokasi penggambaran telefilem Gerimis Rindu, di sini, semalam.









