GEORGETOWN: Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka pindaan undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pencuri kabel landasan kereta api.
Antara lain, ia merangkumi tempoh pemenjaraan lebih lama dan kadar denda yang lebih tinggi.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperketat undang-undang sedia ada memandangkan kes kecurian kabel terus mengancam operasi perkhidmatan kereta api serta keselamatan awam.
"Kita dalam proses merangka pindaan undang-undang ini dan sedang bekerjasama dengan KDN untuk memperketatkan hukuman," katanya kepada pemberita selepas pelancaran bas elektrik pertama Pulau Pinang di sini, hari ini.









