SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan peringatan bahawa setiap kebebasan yang diperoleh datang bersama dengan tanggungjawab, justeru rakyat perlu menggunakan media sosial dengan penuh adab serta rasa hormat kepada orang lain.Seri Paduka Baginda yang juga Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertitah demikian susulan terdapat sesetengah pihak yang menggunakan media sosial sebagai tempat untuk menghasut, menimbulkan kebencian dan memecahbelahkan masyarakat."Jangan jadikan media sosial sebagai pentas untuk menghina, memaki, mencaci dan menjatuhkan maruah seseorang. Berbeza pandangan bukan alasan untuk bermusuhan. Kita boleh tidak bersetuju, tetapi nyatakan pandangan dengan bahasa yang baik dan beradab."Jika hendak mengkritik, sampaikan secara membina. Jika hendak menegur, maka tegurlah dengan penuh berhemah," titah Seri Paduka Baginda.Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen (UiTM) ke-105 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, di sini hari ini. - Bernama AKAN MENYUSUL
'Jangan jadikan media sosial pentas menghina, guna dengan adab', titah Agong

Key takeaways
Yang di-Pertuan Agong memperingatkan rakyat menggunakan media sosial dengan adab dan hormat kepada orang lain.
- Setiap kebebasan datang bersama tanggungjawab.
- Media sosial tidak boleh digunakan untuk menghina atau memecahbelahkan masyarakat.
- Pandangan yang berbeza tidak boleh menjadi alasan untuk bermusuhan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) MCMC siasat hantaran hina Agong di media sosial
- Malaysiakini (BM) Elak jadikan isu 3R, ritual agama bahan kandungan media sosial
- Sinar Harian 'Jangan jadikan media sosial pentas menghina, guna dengan adab', titah Agong (this story)
- Free Malaysia Today Media sosial bukan pentas menghasut, titah Agong








