Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenaan berangkat tiba menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 di UiTM Shah Alam hari ini. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegur sesetengah pihak menggunakan media sosial sebagai tempat menghasut, menimbulkan kebencian, dan memecahbelahkan masyarakat.

Baginda yang juga canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), bertitah setiap kebebasan datang bersama dengan tanggungjawab, justeru rakyat perlu menggunakan media sosial dengan penuh adab serta rasa hormat kepada orang lain.

“Jangan jadikan media sosial sebagai pentas untuk menghina, memaki, mencaci, dan menjatuhkan maruah seseorang.

"Berbeza pandangan bukan alasan untuk bermusuhan. Kita boleh tidak bersetuju, tetapi nyatakan pandangan dengan bahasa yang baik dan beradab.