Polis berkata pada 7 Okt lalu mangsa wanita berusia 71 tahun melihat iklan skim menggandakan wang menerusi laman Facebook. KUALA TERENGGANU: Seorang pesara kerajaan kerugian sebanyak RM42,580 selepas diperdaya sindiket skim gandaan wang dalam talian yang tidak wujud.
Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata pada 7 Okt lalu mangsa wanita berusia 71 tahun melihat iklan skim menggandakan wang menerusi laman Facebook.
Beliau berkata, mangsa yang berminat telah menghubungi suspek dikenali sebagai ‘ustaz Hilmi Firdausi’ melalui WhatsApp.
"Mangsa yang terperdaya telah membuat lima kali bayaran berjumlah RM42,580 menggunakan wang simpanan dan dijanjikan pulangan sebanyak RM300,000.








