Kajang: Jurujual kerugian lebih RM78,000 selepas terpedaya dengan kenalan wanita yang dikenali di media sosial yang menawarkan kerja sampingan melalui satu aplikasi.
Ketika berada di rumahnya di Sungai Long bulan lalu, lelaki berusia 23 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita di Instagram (IG) dan mula bertukar nombor telefon.
Menurut sumber, mereka kemudiannya meneruskan komunikasi melalui WhatsApp.
"Wanita itu menawarkan kepada mangsa pekerjaan sampingan menggunakan satu aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memenuhi keperluan pelanggan.








