Nurul Syazwani Noh berkata kerjasama antara wakil rakyat daripada parti berbeza boleh diteruskan demi kepentingan rakyat tanpa semestinya bergantung kepada suatu perjanjian politik antara parti.PETALING JAYA: Adun Permatang Nurul Syazwani Noh mendakwa dipinggirkan Bersatu tanpa sebarang keputusan rasmi menggantung atau memecatnya daripada parti, sehingga menyifatkan kedudukannya seperti 'digantung tak bertali'.

Beliau berkata, masih menjadi ahli Bersatu dan ketua bahagian Tanjong Karang, tetapi tidak lagi dijemput menghadiri mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Selangor sejak selepas PRN Johor.

Katanya, keadaan itu sudah berlaku beberapa kali sehingga ada mesyuarat yang hanya diketahuinya selepas melihat gambar pertemuan berkenaan dikongsi.