Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook memeriksa bas elektrik di Depoh Rapid Penang di George Town hari ini.GEORGE TOWN: Rapid Bus Sdn Bhd memulakan perkhidmatan bas elektrik secara berperingkat bermula dengan Rapid Penang, hari ini.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata sebanyak 250 bas elektrik akan diperoleh dalam fasa pertama, dengan 175 diperuntukkan kepada Rapid KL dan 75 kepada Rapid Penang.

Daripada jumlah itu, 150 bas akan diperkenalkan dalam fasa pertama, manakala baki 100 lagi menyusul dalam fasa kedua.

Setakat 13 Okt, Rapid Bus menerima 52 bas elektrik dengan 37 untuk Rapid KL dan 15 bagi Rapid Penang. Semua 250 bas dijangka diterima menjelang Mac tahun depan.