NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam mengadakan pusingan keenam pungutan suara bagi menilai tahap sokongan terhadap calon Setiausaha Agung PBB yang baharu, lapor Xinhua.
"Pusingan keenam pungutan suara telah berlangsung," kata Wakil Tetap Greece ke PBB, Aglaia Balta, yang negaranya memegang jawatan Presiden Majlis Keselamatan secara bergilir bagi Oktober.
Balta berkata, setiap calon akan dimaklumkan mengenai keputusan pungutan suara itu menerusi wakil tetap negara anggota yang mencalonkan mereka.
Presiden Perhimpunan Agung PBB turut akan dimaklumkan bahawa proses berkenaan dijalankan, katanya kepada pemberita selepas pengundian sulit itu.









