KUALA LUMPUR: Malaysia mahu kuasa veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) distruktur semula sebagai usaha menyekat menghentikan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masyarakat antarabangsa tidak seharusnya terus terperangkap dalam mesyuarat dan perbincangan tanpa tindakan berkesan, sedangkan rakyat Palestin terus menjadi mangsa pembunuhan, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Katanya, usaha membawa resolusi bagi menghentikan keganasan melalui PBB berdepan kebuntuan apabila penggunaan kuasa veto oleh Amerika Syarikat dan sekutunya menghalang tindakan yang mahu diambil terhadap Israel.

“Apa gunanya 160 buah negara menyatakan sokongan, membuat resolusi bersama, tetap