SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan media sosial sebagai pentas untuk menghina, memaki, mencaci dan menjatuhkan maruah seseorang.

Menegaskan bahawa setiap kebebasan yang diperoleh datang bersama dengan tanggungjawab, Seri Paduka mahu rakyat menggunakan media sosial dengan penuh adab serta rasa hormat kepada orang lain.

Baginda yang juga Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertitah demikian susulan terdapat sesetengah pihak yang menggunakan media sosial sebagai tempat untuk menghasut, menimbulkan kebencian dan memecahbelahkan masyarakat.

"Berbeza pandangan bukan alasan untuk bermusuhan. Kita boleh tidak bersetuju, tetapi nyatakan pandangan dengan bahasa yang baik dan beradab. Jika hendak mengkritik, sampaikan secara membina.