HAMILTON (Kanada): Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengeluarkan perintah eksekutif, malam tadi bagi melaksanakan undang-undang baharu mengenai sekatan terhadap Russia, namun memberikan pengecualian terhadap tarif dan sebahagian besar sekatan yang diperuntukkan di bawah undang-undang itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Perintah itu melaksanakan Akta Sekatan terhadap Russia dan Iran Lindsey O Graham 2026, yang ditandatangani Trump pada 18 September lalu.
Di bawah perintah berkenaan, tarif ke atas barangan dari Russia ditetapkan meningkat sebanyak 500 peratus.
Perintah itu turut memperuntukkan tarif tambahan sebanyak 100 peratus ke atas barangan dari lima negara pengimport terbesar minyak dan gas Russia yang membuat pembelian baharu mulai 18 Oktober lalu.










