Tumpat: "Pagi tadi, saya maklumkan kepada dua anak saudara bahawa ibu mereka sudah tiada (meninggal dunia)," kata kakak kepada Norhazwani Ibrahim, 35, yang dipercayai dibunuh suami di rumah kakitangan kerajaan di Jalan Kuarters KLIA, Nilai, Negeri Sembilan, kelmarin.

Marliza Ibrahim, 48, berkata, dia bagaimanapun tidak memaklumkan punca sebenar kematian Norhazwani, sebaliknya memberitahu yang ibu mereka meninggal dunia akibat sakit.

"Pagi tadi saya sudah beritahu mereka, 'kakak, adik, ibu dah mati'. Bila ditanyakan mengapa, saya hanya menjawab kerana sakit.

"Saya tidak sanggup memberitahu mereka kejadian sebenar, lagipun, dengan usia semuda itu, sudah pasti mereka tidak mampu memahami.