Seoul: Korea Utara menjalankan ujian bawah air terhadap sistem senjata torpedo baharu pada Khamis bagi mengesahkan peningkatan teknologi, lapor agensi berita kerajaan KCNA pada Sabtu, sambil menyifatkan ujian itu berjaya dan sebagai langkah penting dalam pembangunan tentera laut negara itu.
Ujian berkenaan mengesahkan teknologi pendorongan yang dibangunkan menerusi lebih 180 ujian sepanjang lima tahun lalu, menurut KCNA, sambil menambah bahawa kecerdasan buatan (AI) digunakan bagi mengesan sasaran dan memandu torpedo berkelajuan tinggi berpanduan tepat itu.
Ujian itu merupakan yang terbaharu dalam siri pelancaran senjata Korea Utara.
Ia dilakukan ketika ketegangan di Semenanjung Korea meningkat, dengan kedua-dua Korea berlumba-lumba membangunkan senjata yang mampu mengelak sistem pertahanan peluru berpandu.










