Kuala Lumpur: Malaysia setakat ini belum menerima sebarang petunjuk daripada Amerika Syarikat (AS) mengenai kemungkinan pengenaan tarif terhadap eksport semikonduktor negara ke pasaran berkenaan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tiada sebarang makluman diterima kerajaan yang menunjukkan Washington bercadang mengenakan tarif terhadap produk semikonduktor Malaysia.

"Setakat ini, tiada petunjuk bahawa AS akan mengenakan sebarang tarif terhadap semikonduktor dari Malaysia," katanya pada sidang media Hari Perniagaan EU-Malaysia 2026 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada produk semikonduktor Malaysia akan terus menikmati pengecualian tarif daripada AS.