Kuala Lumpur: Sistem pembayaran tol berasaskan Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) pertama di Malaysia, JustGO mencatat pencapaian membanggakan apabila melangkaui lebih tiga juta transaksi dalam keadaan trafik sebenar.

Pencapaian praktikal berkenaan menandakan langkah penting negara dalam persediaan ke arah pelaksanaan penuh aliran pantas pelbagai lorong (Multi-Lane Fast Flow atau MLFF).

Kini, JustGO sedia digunakan di 93 plaza tol merangkumi 966 lorong.

Ciri ini membolehkan pengguna lebuh raya yang berdaftar menikmati kemudahan #Lane Freedom, iaitu kebebasan untuk masuk dan keluar menerusi mana-mana lorong di plaza tol terbabit.