Kuala Lumpur: Kehebatan Arif Aiman Hanapi di atas padang bukan sahaja mendapat pengiktirafan peminat bola sepak tempatan, malah turut mencuri perhatian pertahanan Borussia Monchengladbach, Kevin Diks yang percaya bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berpotensi mencipta kejayaan di Eropah.
Pemain antarabangsa Indonesia itu menyifatkan Arif Aiman sebagai pemain berkualiti tinggi dan memiliki kemampuan untuk bersaing di pentas bola sepak Eropah berdasarkan apa yang dilihatnya ketika berdepan pemain sayap Harimau Malaya itu.
"Dia memang pemain yang sangat bagus. Saya difahamkan dia bermain di JDT, jika saya tidak silap.
"Saya rasa dia seorang pemain yang sangat bagus dan berpotensi untuk mencipta kejayaan di Eropah," katanya dalam temu bual bersama portal dalam talian OlahBola.








