KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang monorel di Jalan Hang Tuah, di sini, pada awal pagi Sabtu.Dalam kejadian itu, mangsa berusia 28 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan maut yang membabitkan sebuah Perodua Ativa pada jam 4.49 pagi.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 3.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Pudu menghala ke Jalan Dewan Bahasa."Pemandu dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas dan melanggar tiang monorel di lokasi kejadian."Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Hang Tuah.Mohd Zamzuri berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan."Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
Lelaki maut kereta dipandu terbabas langgar tiang monorel

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas keretanya terbabas dan merempuh tiang monorel di Jalan Hang Tuah.
- Kemalangan berlaku pada jam 3.30 pagi di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.
- Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
- Pemandu dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Tiga termasuk dua kanak-kanak maut kereta langgar belakang lori
- Berita Harian Pemandu maut, penumpang parah kereta terbabas, terbakar
- Sinar Harian Lelaki maut kereta dipandu terbabas langgar tiang monorel (this story)








