SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan dirinya merupakan seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam insiden di Petaling Jaya, Khamis lalu.Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama) itu menjelaskan, beliau bersama rakan-rakannya memulakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang dibincangkan."Pada masa pegawai JAIS tiba, sememangnya hanya saya dan wanita tersebut yang ada. Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan.ARTIKEL BERKAITAN: JAIS sahkan tangkapan kes khalwat babit pemimpin kanan parti politikSeperti yang saya maklumkan juga kepada Pegawai JAIS, kami sememangnya tidak melakukan apa-apa tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan dua individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes khalwat melibatkan seorang figura awam di sekitar daerah Petaling, pada Rabu.Beliau memaklumkan, tangkapan tersebut dilakukan sekitar jam 6 petang.Dalam pada itu Nik Nazmi menegaskan, beliau tidak mahu memanjangkan isu itu dan akan memberikan kerjasama bagi sebarang proses perundangan."Saya ingin memohon maaf kepada isteri keluarga dan keluarga kami dan semua yang terkesan di atas kesilapan pertimbangan pada waktu kejadian yang tidak sewajarnya berlaku."Saya juga memohon maaf kepada parti Bersama kerana mengecewakan ahli-ahli dan penyokong, memandangkan isu ini menjejaskan parti dan akan menerima apa jua keputusan parti."Saya berharap semua pihak akan menghormati proses perundangan dan tidak memanjangkan perbicaraan menerusi media," katanya.
Nik Nazmi akui individu ditahan JAIS, mohon maaf

Key takeaways
Nik Nazmi mengesahkan dia ditahan JAIS bersama seorang wanita dalam insiden khalwat di Petaling Jaya.
- Nik Nazmi mengakui dia dan seorang wanita ditahan oleh JAIS.
- Beliau menyatakan tidak melakukan tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka.
- Beliau akan memberikan kerjasama bagi proses perundangan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Jais sahkan dua individu ditahan dalam kes khalwat libat figura awam
- Free Malaysia Today Nik Nazmi mengaku ditahan Jais, pertemuan dengan wanita bincang projek
- Sinar Harian Nik Nazmi akui individu ditahan JAIS, mohon maaf (this story)
- Utusan Malaysia Kes khalwat: Nik Nazmi akui antara individu ditahan JAIS
- Harian Metro Nik Nazmi mengaku ditahan JAIS








