Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui hanya dirinya dan seorang wanita berada di lokasi ketika pegawai Jais tiba.PETALING JAYA: Pemimpin Bersama Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam kes individu bukan muhrim berdua-duaan di tempat tertutup, di sini, 15 Okt lalu.

Bekas menteri sumber asli dan kelestarian Alam berkata, pertemuan itu bertujuan membincangkan projek bersama rakan-rakannya.

"Saya tidak mahu memanjangkan isu ini, sekadar menyatakan saya bersama rakan-rakan memulakan perbincangan di studio kami di Brickfields, Kuala Lumpur dan kemudian memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya kerana ingin melihat beberapa bahan berkaitan projek yang kami bincangkan," katanya dalam kenyataan.