KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kelmarin.
Dalam kenyataan dimuat naik menerusi Instagram hari ini, bekas Naib Presiden PKR itu yang kini menerajui parti BERSAMA, berkata kejadian itu ketika beliau bersama rakan-rakan mengadakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur.
Mereka kemudian memutuskan untuk meneruskan perbincangan di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang dibincangkan.
Beliau berkata, ketika pegawai JAIS tiba, hanya beliau dan wanita yang ditahan bersamanya berada di lokasi berkenaan.









