PETALING JAYA – Bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan dirinya merupakan salah seorang individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes berdua-duaan dengan seorang wanita bukan mahram di sebuah tempat tertutup di daerah ini kelmarin.

Beliau berkata, ketika kejadian, dia bersama wanita berkenaan sedang mengadakan perbincangan berkaitan projek selepas memulakan pertemuan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur.

Menurutnya, mereka kemudian memutuskan untuk meneruskan perbincangan di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek berkenaan.

“Pada masa pegawai JAIS tiba, sememangnya hanya saya dan wanita tersebut yang ada. Saya mengakui itu adalah suatu kesalahan.