PETALING JAYA: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat keputusan untuk menarik diri daripada pencalonan bagi kategori Keluarga Selebritu Terhangat untuk Anugerah Melodi Terhangat (AMT).

Menurut Siti, dia tidak tahu bahawa dia dan ahli keluarganya tercalon dalam kategori tersebut sebelum sebulat suara dengan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K untuk tidak bertanding dalam program itu.

“Assalamualaikum semua peminatku tersayang.. Terima kasih pihak Melodi kerana mencalonkan saya dan keluarga untuk kategori ini.

“Saya tidak tahu tercalon. Maaf sebab hendak bagitahu, suami dan saya ambil kata sepakat untuk tarik diri dari kategori ini,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.